Rawatan Lain

services_hair

Mesoterapi Kehilangan Rambut

Mesoterapi kehilangan rambut ialah prosedur menyuntikkan faktor pertumbuhan, vitamin & protein di kulit kepala pesakit yang mengalami keguguran rambut. Bahan ini disuntik ke mesoderma, lapisan di bawah kulit, iaitu penghubung antara tisu kulit dan lapisan lemak. Ia membantu meningkatkan pengedaran darah, mencetuskan metabolisma sel dan mempercepatkan pemulihan folikel rambut.

Ia didapati berguna bagi ramai pesakit yang mengalami keguguran rambut, meskipun dalam kes alopesia androgenetik. Hasil berbeza antara individu bergantung kepada sebab dan tahap masalah. Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, kami juga boleh mengesyorkan suplemen yang bersesuaian untuk dimakan atau ubat topikal.

Terapi Laser Tahap Rendah

Terapi Laser Tahap Rendah (atau Terapi Laser Sejuk) ialah salah satu rawatan tanpa pembedahan yang paling efektif untuk kehilangan rambut. Oleh kerana sebab penipisan rambut dan kebotakan terletak di dalam kulit kepala, lampu laser tahap rendah merangsang pengaliran darah, dan seterusnya, pertumbuhan rambut. Ia paling berkesan bagi individu dengan kes kehilangan rambut yang minimum hingga sederhana. Tiada komponen haba yang boleh menyebabkan luka atau lecuran tisu dalaman. Ia merangsang bekalan darah merah ke kulit kepala, menggalakkan metabolisma sel dan memperbaiki sel yang rosak.

Dengan Terapi Laser Rendah, rambut  yang baru tumbuh mempunyai warna rambut asal, walaupun rambut anda telah mula menjadi kelabu semasa rawatan. Tempoh dan kos untuk setiap individu bergantung kepada sebab dan tahap masalah kehilangan rambut.

Open