Pembedahan Pemindahan Rambut

Pemindahan rambut merupakan satu-satunya cara kekal untuk restorasi rambut di mana akar rambut (folikel) sendiri dari bahagian belakang dan tepi kepala dicabut dan diimplan di bahagian yang botak.

Apa yang anda perlu ketahui
  • Amalan semasa untuk pembedahan pemindahan rambut merangkumi 2 cara ekstraksi rambut: Transplantasi Unit Folikular (FUT) dan Ekstraksi Unit Folikular (FUE).
  • Dalam Transplantasi Unit Folikular (FUT), yang juga dikenali sebagai ‘strip harvesting’, kepingan kulit dari bahagian belakang kepala diambil menggunakan skalpel. Ruang di bahagian belakang kepala kemudian dijahit. Kepingan kulit tersebut kemudian dibahagikan kepada graf untuk pemindahan rambut.
  • Ekstraksi Unit Folikular (FUE) ialah teknik restorasi rambut yang terkini, di mana folikel rambut dicabut dari bahagian belakang kepala menggunakan alat penebuk mikro khas dan diimplan di bahagian yang botak. Tiada skalpel atau jahitan diperlukan. Selain daripada kehilangan rambut, teknik FUE juga boleh digunakan untuk bahagian badan lain seperti kening, bulu mata dan misai.
  • Graf 1 unit folikular mengandungi 1 hingga 4 rambut. Tapak penderma ialah bahagian dari mana graf diambil, manakala tapak penerima ialah bahagian botak di mana graf akan ditanam.
  • Secara umumnya, 2000 hingga 3000 graf adalah cukup untuk menutupi garis rambut depan hingga bahagian atas kepala. Walau bagaimanapun, bilangan sebenar bergantung kepada tahap masalah. Faktor untuk dipertimbangkan termasuklah ketumpatan rambut di tapak penderma, warna rambut, warna kulit dan tekstur rambut.
  • Ini bukan idea yang baik. Pembedahan pemindahan rambut bukan sahaja tentang “memindahkan” folikel rambut ke bahagian yang botak dan mendapatkan ketumpatan maksimum. Kami juga perlu memastikan ketahanannya. Pemindahan terlalu banyak graf dalam sekali mungin merosakkan tisu kulit kepala dan mengurangkan peluang folikel rambut yang dipindahkan untuk bertahan hidup. Sebagai rumusan, anda tidak harus terburu-buru.
  • Ketumpatan rambut yang biasa jatuh antara 90 – 100 helai rambut bagi setiap cm persegi dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Pembedahan pemindahan rambut hanya memerlukan jumlah folikel rambut yang kecil untuk menghasilkan keputusan visual yang terbaik. Biasanya, 25 – 30 helai rambut untuk setiap cm persegi adalah cukup untuk mendapatkan hasil estetik yang diingini. Maka, ia tidak menyebabkan sebarang kecacatan bagi tapak penderma.
Prosedur FUE

Tapak penderma akan dicukur sedikit (panjang rambut 1.5-2mm) untuk melihat arah dan sudut pertumbuhan rambut. Selepas itu, tapak penderma akan didisinfeksi dan disuntik dengan anestesia setempat.

Ekstraksi graf unit folikular oleh doktor menggunakan alat penebuk mikro (diameter 0.8-1mm).

Pembantu menarik graf menggunakan penyepit.

Graf dikategori berdasarkan bilangan rambut.

Disinfeksi tapak penerima. Lubang kecil dibuat pada tapak penerima berdasarkan ketumpatan semula jadi, sudur dan arah pertumbuhan rambut.

Graf diletakkan satu per satu.

Selepas pembedahan
  • Kuping akan terbentuk selepas pembedahan dan memerlukan 7 – 10 hari untuk tercabut.
  • Tiada jahitan diperlukan untuk pemindahan rambut FUE. Luka akan sembuh dalam masa 5 hari.
  • Tinggikan bantal lebih kurang 30 darjah semasa tidur.
  • Rasa kebas dan gatal adalah normal. Ia hanya sementara.
  • Pesakit boleh meneruskan aktiviti biasa selepas maksimum 3 hari.
  • Bagaimana cara membasuh rambut anda: Untuk 10 hari, gunakan aliran air sejuk yang perlahan dan tepuk dengan lembut menggunakan hujung jari. Jangan gosok. Jangan gunakan syampu pekat terus di kulit kepala. Cairkan syampu dengan air sejuk dan tepuk dengan perlahan di kepala. Jangan gunakan air panas atau aliran air yang kuat. Keringkan rambut dengan perlahan menggunakan tuala (jangan gosok). Gunakan pengering rambut pada tetapan udara sejuk.
  • Transplantasi Unit Folikular (FUT): Oleh kerana kepingan kulit diambil dari bahagian belakang kepala, segaris parut akan terbentuk.
  • Ekstraksi Unit Folikular (FUE): Tiada parut yang akan kelihatan kerana proses ini tidak memerlukan skalpel atau jahitan.
  • Kuping akan tercabut bersama batang rambut sekurang-kurangnya 1 minggu selepas pembedahan pemindahan rambut. Sila bersabar kerana folikel akan memasuki fasa telogen, iaitu fasa rehat. Folikel rambut anda dalam keadaan baik, dan pertumbuhan semula rambut akan bermula sekitar 3 bulan selepasnya.
  • Anggaran 90% atau lebih rambut yang dipindahkan akan tumbuh dalam masa 3 hingga 6 bulan selepas pembedahan. Pada permulaan, rambut yang baru tumbuh akan kelihatan halus dan pendek. Ia akan menebal selepas waktu tertentu, dan mengambil masa lebih kurang 9 bulan untuk mendapatkan hasil akhir. Hasil ini akan kekal.
Open