Apa yang menyebabkan kehilangan rambut?

group-of-people-in-a-formation

Kehilangan rambut boleh disebabkan oleh faktor keturunan, penuaan, ketidakseimbangan hormon, penurunan berat badan yang drastik, stres yang ekstrem, lupus, kekurangan zat pemakanan dan beberapa faktor lain. Ia boleh mempengaruhi sesiapa seawal usia awal dua puluhan.

flask-boiling

Penggunaan produk kimia yang salah seperti pewarna rambut juga akan merosakkan folikel rambut dan menyebabkan kehilangan rambut yang kekal.

male-with-bald-hair-side-view

Corak kehilangan rambut lelaki pula, yang juga dikenali sebagai androgenik alopesia, merupakan faktor keturunan. Setakat ini, tiada rawatan yang dapat menukar keadaan berasaskan genetik ini.

circular-line-with-word-age-in-the-center

Umur dan kebimbangan pesakit, tahap masalah dan sebab-sebab yang boleh diubah seperti faktor keturunan, ketidakseimbangan hormon, SLE dan sebagainya, merupakan faktor yang dipertimbangkan semasa memberi rawatan.

Adakah pembedahan pemindahan rambut satu-satunya cara yang ada?

Kehilangan rambut merupakan proses semula jadi, dan kehilangan rambut tidak bermakna bahawa satu-satunya opsyen yang ada ialah pembedahan pemindahan rambut. Tahap awal kehilangan rambut boleh dikawal dengan rawatan perubatan secara oral. Proses ini memerlukan kesabaran, kesannya bukan serta-merta dan hasilnya berbeza bagi setiap individu. Walau bagaimanapun, pembedahan pemindahan rambut merupakan satu-satunya rawatan restorasi rambut yang memberikan hasil yang kekal.

Apakah opsyen rawatan?

Selain daripada rawatan perubatan oral dan topikal, kami juga menawarkan:

Mengapa KO Hair Restoration Clinic?

chemistry (2)

Kebanyakan warga Malaysia bersifat skeptikal terhadap pemindahan rambut dan sebab utamanya ialah impak negatif dari pusat penjagaan rambut tradisional yang kekurangan bukti saintifik untuk menunjukkan keberkesanan perkhidmatan mereka.

Harga tidak seharusnya menjadi faktor tunggal apabila memilih pembekal rawatan untuk pembedahan pemindahan rambut. Elakkan pusat penjagaan rambut yang melakukan prosedur rawatan tanpa doktor yang bertauliah. Pengalaman pakar bedah adalah penting untuk memastikan hasil optimum dalam menghasilkan semula garis rambut yang semula jadi, ketumpatan, sudut dan arah pertumbuhan rambut.

Kualiti pasukan yang melakukan pemindahan rambut dan bagaimana mereka mengendalikan graf (folikel rambut penderma) seharusnya menjadi pertimbangan utama anda, kerana rambut tidak akan tumbuh semula di lokasi di mana folikel diambil. Dalam erti kata lain, terdapat peluang yang terhad untuk restorasi rambut bagi setiap orang.

team

Di KO Hair Restoration Clinic, pasukan pembedahan pemindahan rambut kami terdiri daripada 6 orang, dan kami mengekalkan graf yang diperlukan dalam larutan ATP dengan antioksidan, untuk memberikan nutrien yang secukupnya dan memastikan graf tersebut terus bertahan.

Open